Pakej Percutian Padang Bukittinggi Indonesia 3D2N

Minda Tour

Bismillah.. akhirnya.. setelah sekian lama nak masuk dua bulan kot dari
tarikh trip.. baru berpeluang nak citer detail pasal cuti-cuti aku gi Padang-Bukittinggi, Indonesia
hujung April hari tu.. 😛 .. Bersedia untuk dimuntahkan dengan koleksi
gambar-gambar sepanjang percutian ye kengkawan.. aku cuba share
pengalaman secara bersiri.. heheheh..
SILA BACA:

    1. Pakej Percutian Padang Bukittinggi 4D3N Simak Di Sini

So, memula sekali baiklah aku share serba sedikit itinerary + bajet perbelanjaan kitorang sepanjang pi bercuti tuh.. please take note kami pergi bercuti ke Padang-Bukittinggi ni selama 3 hari 2 malam je.. kalau nak puas hati melancong kat sana aku suggest paling sikit amek 4 hari 3 malam.. lagi lama lagi bagus sebab banyak tempat2 menarik kat sana.. still banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat nak cover.. huk huk..

 

Tarikh travel kami:
28 – 30 April 2013 (Ahad – Selasa)
Flight:
Semestinya la menggunakan Air Asia (KUL – PDG) yang aku gigih beli tiket ni setahun awal masa promosi “Free Seats” tuh..hehehe.. murah sangat2 sebab dapat seat untuk pergi-balik /pax= RM 67.
Memandangkan kami berempat, so aku beli 4 seats, totalnya cuma RM 268. pastu aku tambah beli luggage 15kg masa balik untuk RM 30.. So total kos bagi flight + luggage kami (4 orang) cuma = RM 298.
Mana nak dapat weh pi bercuti kat seberang laut rege tuh huhu.. kalah rege tiket bas balik Kelantan :P..
Driver + transport:
Berdasarkan info yang aku kumpul dari blog2 orang n forum CARI, aku gunakan khidmat si Aldi Safri neh.. memang
glamer seantero dunia dia neh kalo supir kat area Padang-Bukittinggi.. tapi time kitorang ni, dia uruskan je sebab dia dah commit ngan family lain so untuk supir kitorang tu dia pass kat kawan dia si Amroe..
tapi sangat2 berpuas hatila..service tip top.. 😉
Sesapa berminat leh contact Aldi neh:
contact no: +6281363385879
e-mel: aldi_safri@yahoo.com
Since aku punya itinerary untuk 3H/2M, masa ni si Aldi charge kitorang untuk khidmat supir + transport + servis + tips diorang = Rp 1.2 juta.. kiranya ambil dan pulang kat airport takyah nak risau apa2. 🙂 .. kalo dah convert RP 1,200,000 lebih kurang rm382 la.. pada aku berpatutan dan murah dengan servis yang diorang bagi 🙂 .. oh ye, kitorang dapat kereta Avanza.. still baru +  tip top condition dia..
Hotel:
Kami stay 2 malam kat Grand Rocky Hotel Bukittinggi. yang ni aku uruskan sendiri.. hotel ni consider antara yang paling baru kat Bukittinggi tuh..rate 4 star..huhuhuh.. bajet orang berada jek ko Sato :P.. actually, setelah aku compare2 rege, and condition setiap hotel.. aku rasa memang worth every penny aku amek hotel ni.. sebab bawak budak
kecik 2 orang tu at least hotel tu biar selesa sikit kan.. ternyata pelaburan yang berbaloi2 :P.. aku book thru Pelangi Holidays (travel
agency Indonesia..huk3)
Deluxe room /night + breakfast for 2 = RP700,000 ..so, lebih kurang rm225 semalam. 
Total kos hotel = RP 1.400.000 iaitu bersamaan RM 450 (3D/2N).
Sebenarnya ada banyak lagi option hotel yang murah dan agak selesa kalo korang nak lagi bajet..
Antaranya aku suggest Hotel Bunda Bukittinggi..kalau tak bawak anak2 kecik aku amek yang ni je kot.. leh
dapat rm135 satu malam kot.. sila google 😛
Airport Tax: 
Sila asingkan siap2 duit rupiah korang tu untuk airport tax ye.. satu kepala kena caj RP100,000 bersamaan RM33 la lebih kurang.
Total kos kami berempat untuk airport tax = RP400,000 = rm130 (4 person).
ni bayar masa nak naik flight balik ke KL.. pastikan korang convert
siap2 dalam rupiah dan asingkan dari duit belanja lain..kalo tak, naya
takleh balik Malaysia semula.. huhuh..

Itinerary 3H/2M Padang-Bukittinggi:

Tentatif ni pon aku rangka sendiri hasil dari google-an tahap super saiya ikut pengalaman orang yang dah gi sana..hahaha..aku rasa based on maklumat yg aku kumpul tu, mcm dah boleh jadi tourist guide dah kot 😛 kekeke..
So far diluluskan dan disahkan oleh Amroe supir kitorang tu la.. agak pack juga sebab masa tu tak panjang tapi nak mengejar banyak
tempat :p.. Alhamdulillah, mostly mengikut perancangan sedia ada..

Syukur kerana dipermudahkan Allah segala urusan sepanjang bercuti neh.. kali ni target aku lebih kepada untuk tengok pemandangan.. bab shopping tuh sampingan je..konon la kan..tapi banyak terbabas gak part shopping.. (T_T) huk huk..
so, jom kita cekidout itinerary..
DAY 1 (28/04/13): Airport >
Bukittinggi.
– 6.00am: Sampai dekat LCCT
– 7.50am: Flight KL-PADANG
– 8.05am: Tiba di Minangkabau Airport
– 9.00am: Brunch di Soto Garuda/Lamun Ombak/Puncak Kiambang –> kami pilih Lamun Ombak
– 10.00am: Lembah Anai Air Mancur
– 11.00am: Pusat Dokumentasi Minangkabau
– 1.00pm: Lunch at local restaurant (RM PAK DATUK/RM AIE BADARUN) –> kami pilih RM Aie Badarun
– 1.45pm: Putri Minang Shopping Centre/Satu Karya/Toko Lindungan Bulan
2.00pm: Bika Talago Koto Baru  (tak sempat singgah sebab hujan lebat)
– 4.00pm Check in Grand Rocky Bukittinggi
– Pasar Atas** (still hujan renyai dan tak larat juga :P)
– Dinner kat restoran tempatan
– Shopping kain kat Yenie Bordir
DAY 2 (29/04/13): Bukittinggi
> Tasik Maninjau.
– 7.00am: Breakfast at hotel
– 8.30am: Bergerak ke Danau Maninjau
– 9.30am: Kelok 34-44
– 11.00am: Puncak Lawang
– 12.30pm: beli kerepek di Bundo Kanduang, Matur
– 1.45pm: Lunch di restoran tempatan
– 2.30pm: Panorama Ngarai Sianok/ Terowong Tentera Jepun/ Lubang Japang
– 3.15pm: Pasar Atas
– Balik rehat + solat di hotel
– Dinner
– Jalan2 shopping complex + Jam Gadang
DAY 3 (30/04/13): Bukittinggi
> Airport
– 7.00am: Breakfast at hotel
– 8.30am: bertolak dari bukittinggi ke airport
– singgah Rumah Minangkabau second time 😛
– singgah kedai Sate Syukur nak rasa sate padang
– singgah 1,2 butik kain tengah jalan
– 11.30am: sampai Minangkabau Airport
– 1.55pm: Flight berlepas pulang ke KL
Pergi sana kitorang tukar around rm1500 untuk belanja (supir +
transport + airport tax + makan + souvenir + shopping ) segala.. yang ni
ikut kemampuan masing2 la kan.. itupon macam tak cukup bajet
sebenarnya..sebab mmg rambang mata tgk kain pasang + telekung kat sana.
(T_T) nak nangis.. masa pi sana convert duit tu siap2 so merasala pegang
duit juta-juta kan..huhuhu.. masa pergi ni rate lebih kurang rm1 =
Rp 3,2 jt .. so boleh disimpulkan sebenarnya total kos perbelanjaan
percutian kitorang termasuk ngan tiket flight untuk 4 orang plus minus
lebih kurang rm 2000 la.. okla tu kan.. 🙂 lagi banyak korang shopping lagi banyakla duit yang abes.. hehehehe.. 

Okeh ni sedikit sebanyak info.. nanti aku stori-mori detail lagik bersama gambar2.. huhuh.. tungguuuuu..Search Term:

  • Hotel Kharisma Bukit Tinggi
  • Rocky Hotel Bukittinggi
  • Deivan Hotel Padang
  • Hotel Grand Zuri Padang
  • Hotel Daima Padang
  • Hotel HW Padang
  • Ibis Hotel Padang
  • Mercure Hotel Padang
  • pelangiholidays.blogspot.com
  • pelangiholiday.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page